Kini kita bergerak untuk mengutip kembali warisan yang sangat berharga itu. Kempen Budi Bahasa Budaya Kita adalah satu gelombang yang diharap akan mengembalikan rakyat kepada asas hidup berbudaya negara ini.Kempen Budi Bahasa Budaya Kita adalah sepenting dan sebesar Wawasan 2020, destinasi impian yang menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara industri. Cuba lihat kembali cabaran-cabaran Wawasan 2020 menjadi negara maju dalam acuan budaya kita.
TUJUAN KEMPEN DIADAKAN
• Kerajaan merasakan Kempen Budi Bahasa dan Nilai-Nilai Murni perlu diadakan kerana sesetengah rakyat Malaysia kini mengamalkan cara hidup yang kasar, melanggar peraturan bahasa, membelakangkan adap sopan dan tidak mengendahkan tatasusila. Dan sekiranya dilihat kepada jabatan kerajaan secara khususnya cara memberi khidmat, cara melayani pelanggan atau orang ramai terutamanya oleh kakitangan kaunter hadapan di jabatan-jabatan kerajaan kurang cekap, ini seterusnya telah menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan orang ramai yang berurusan dengan pelbagai agensi kerajaan.